Saturday, November 21, 2009
TAHNIAH MURID2 TAHUN 6
Al-Hamdulillah, walaupun sekolah target 2 orang akan memperoleh 5A, namun tersasar sedikit. hanya Nur Ainin Sofiya yg mendapat 5A, Muhd Nur Hakimin mendapat 4A1B. walaubagaimanapun, sekolah tetap berbangga dengan keputusan sulong UPSR tahun pertama ini. Dengan 86% lulus semua mata pelajaran, ia amat membanggakan semua warga pendidik dan ibubapa. Sains dan Bahasa Inggeris mencatat 100% lulus semua. Terima kasih kepada warga guru terutama guru-guru tahun 6 yang mengajar subjek UPSR, pihak pengurusan,staf skongan dan semua kakitangan sekolah dan ibubapa, yang memberi sokongan dan kerjasama yang padu. semoga usaha ini akan berpanjangan untuk UPSR akan datang.
salam perpisahan
Friday, October 16, 2009
SAMBUTAN RAYA 2009
Thursday, October 1, 2009
bila rindu, tgok gambar..
Friday, May 29, 2009
TERIMA KASIH CIKGU ABDULLAH ZAWAWI
Untuk Makluman: Cikgu Zawawi yg memakai baju kemeja putih. Kami warga SKJB mengucapkan terima kasih di atas segala jasa baik dan curahan ilmu cikgu Awi (nama manja dr murid-murid SKJB).Akhirnya Cikgu Awi berjaya mendapat pertukaran ke sekolah lain ( saya belum tahu di mana ).Ada juga murid-murid yang menitiskan air mata walaupun baru 5 bulan Cikgu Awi di SKJB. namun, itu bermakna murid-murid sayang sangat dengan Cikgu Awi ni. Utk Cikgu Awi, semoga terus sukses di sekolah baru.
SELAMAT BERCUTI
Pada hari ini, bermulalah cuti pertengahan penggal selama 2 minggu. Setelah selesai ujian OTI 2, kebanyakan guru dan murid-murid mempunyai perancangan masing-masing untuk menghabiskan cuti dengan pengisian yang berfaedah. Tak lupa kepada murid-murid tahun 5 dan 6, masih ada kelas tambahan buat anda semua, pastikan anda hadir.Jangan Ponteng.Jaga diri dan Insya Allah jumpa lagi.
Latihan Dalam Perkhidmatan Berlokasikan Sekolah
Wednesday, May 13, 2009
jauhi tekanan, tambahkan senyuman
Subscribe to:
Posts (Atom)